Sunday, January 9, 2011

Salam Tahun Baru dan Salam Perpisahan..

Assalamulaikum..untuk makluman sedikit makluman bermula januari 2011..sesi baru persekolahan saya tidak lagi menyandang jawatan sebagai GPB di Kisas. Saya telah pun bertukar ke sekolah berasrama penuh intergrasi temerloh. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya sepanjang saya berada di kisas dan sepanjang saya memegang jawatan gpb di kisas. Semoga kisas terus sukses dan doakan agar saya terus berjaya dan lebih cemerlang di tempat baru.InsyaAllah..amin..

Thursday, October 28, 2010

Kursus Portal E-Learning Berasaskan Moodle



Bermula 27hb oktober 2010 hingga 29 oktober 2010 telah berlangsung Kursus Portak E-Learning berasaskan Moodle. Kursus ini dianjurkan oleh jabatan Sains dan Matematik di bawah program SBT. Sesi kumpulan kedua untuk kursus ini akan berlangsung pada 8hb hingga 9 hb nov 2010. Kursus ini melibatkan semua ketua-ketua panatia dan guru-guru serta pentadbir. Semoga kursus ini akan mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran di Kisas.

Wednesday, September 22, 2010

KURSUS ICT DI ILHAM RESORT PD

assalamualaikum..sy kini berada di port dickson untuk menghadiri kursus peningkatan profesionalisme guru ict/bestari.Bagi gpb kami mengisi program dengan mengadakan mesyuarat untuk memantapkan sekolah bestari negeri selangor.Kursus bermula 21hb dan berakhir hari ini 23hb september.

Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti Bulan Mac...

Assalamualaikum..tidak banyak aktivi luar pada bulan ini kecuali menjadi guru pengiring(jurulatih) pasukan kriket pada 4 hb mac 2010 hingg 6 hb mac 2010 di SBPI rawang (Sepintar). Dalam kejohanan tersebut kisas mengaharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan bersama 3 pasukan lain iaitu SBPI Gombak,Sains Alam Shah Pjaya dan Sain Selangor Kuala Lumpur. Kisas hanya mampu mencatat keputusan sekali seri (Sains Alam Shah) dan dua kali kalah (Intergomb dan Sains Selangor). Pada 20hb yang lepas iaitu pada hari sabtu saya telah pun terlibat sebagai AJK bagi Majlis Makan Malam Perdana 2010 anjuran PIBG bertempat di Hotel De Palma Seksyen 19 Shah Alam. Itu sahaja aktiviti luar yang melibatkan saya selebihnya saya menjalankan tugas seperti biasa di sekolah.

Friday, January 8, 2010

Mesyuarat PIBG kali 1 2010




Pada hari ini 9hb januari saya telah menghadiri mesyuarat AJK PIBG buat pertama kali pada tahun ini. Banyak juga perkara yang dibincangkan. Ini merupakan tahun ke 4 saya terlibat dalam AJK PIBG sekolah.











Selamat Tahun Baru dan Selamat Memulakan Sesi Persekolahan

Askm selamat memulakan musim persekolahan buat semua rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar kisas. Semoga tahun ini memberikan keceriaan buat kita semua..insyaAllah..

Thursday, December 31, 2009

Hari Terakhir Mesyuarat Guru Di Melaka



Hari ini 1Jan 2010..Selamat Tahun Baru buat semua. Saya masih berada di Melaka untuk hari terakhir mesyuarat guru kali 1 2010. Pada pagi ini berlangsung ceramah mengenai membina kajian tindakan oleh penceramah yang dijemput khas dari Sekolah Menengah Kota Kemuning iaitu Pn Azizan yang juga merupakan guru cemerlang sejarah.