Thursday, December 31, 2009

Hari Terakhir Mesyuarat Guru Di Melaka



Hari ini 1Jan 2010..Selamat Tahun Baru buat semua. Saya masih berada di Melaka untuk hari terakhir mesyuarat guru kali 1 2010. Pada pagi ini berlangsung ceramah mengenai membina kajian tindakan oleh penceramah yang dijemput khas dari Sekolah Menengah Kota Kemuning iaitu Pn Azizan yang juga merupakan guru cemerlang sejarah.

Wednesday, December 30, 2009

Mesyuarat Guru Di Sri Costa Melaka



Ketika ini saya sedang mengahadiri mesyuarat guru kisas di Hotel Sri Costa Melaka. Mesyuarat bermula pada 30hb disember dengan upacara perasmian oleh Tim Pengarah SBP Pn Hajah Norlia Binti Mohd Suhaili. Pada hari ini (ketika laporan ini ditulis) sedang berlangsung mesyuarat oleh pk 1 (pengurusan dan pentadbiran serta kurikulum) serta penyelaras Ting 6 dan koko. Sebelum terlupa Selamat Tahun Baru 2010

Sunday, December 6, 2009

Aktiviti Di Bulan November dan Disember (Cuti Sekolah)

Assalamualaikum..pada cuti sekolah ni tak banyak yang saya lakukan cuma menjadi pengawas peperiksaan SPM bertempat di SMK Tinggi Klang (Pusat SM Hafiz). Dilantik pulak jd Timbalan Ketua Pengawas(TKP). Jadi hari-hari kena hadir. Bermula dari 18hb nov (taklimat) sehingga 18hb Disember. Jadi buat semua selamat bercuti...